Tuesday, January 18, 2011

KELAHIRAN


Kelahiran adalah sesuatu yang indah penyeri dan pelengkap sesebuah rumah tangga, jadi hargai lah mereka. Jangan biarkan mereka kesunyian di saat kita sedang leka mengejar harta dunia sedangkan kita tidak sedar bahawa mereka lah harta kita yang paling bermakna sebenarnya. Bimbing lah mereka ke jalan yang dirahmati.doronglah mereka untuk melakukan kebajikan. Sayangi mereka kerana mereka anugerah yang paling bermakna dalam hidup kita. 
Didik la anak -anak sehingga berjaya mencapai cita - cita dan berikan la mereka didikan ilmu yang berguna tidak kira dari segi didikan agama atau sebaliknya. Pimpin lah mereka sehingga ke puncak menara gading dan jadikannya insan yang berguna. Dendangkan lah bacaan ayat - ayat suci al - quran di telinganya setiap hari insyaallah dia akan menjadi insan yang soleh, pemimpin yang amanah, anak yang bertanggungjawab.
BAYI ANUGERAH DARI YANG ESA,keajaiban nyawa seorang manusia yang hidup di dalam perut manusia selama 9 bulan. Tinggi dan bertapa agungnya kekuasaan ALLAH S.W.T. Renung - renungkanlah.

No comments:

Post a Comment